Sekolah Cina menjadi pilihan Utama ibubapa bumiputera di Sarawak

Sekolah Cina menjadi pilihan Utama ibubapa bumiputera di Sarawak

Kira-kira 60 peratus murid bumiputera belajar di sekolah Cina manakala 33 peratus lagi pelajar bumiputera belajar di sekolah yang sama di peringkat menengah.

Presiden Kesatuan Persekutuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Datuk Richard Wee berkata, ini menunjukkan sekolah Cina menjadi pilihan walaupun terdapat sekolah kebangsaan yang dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Saya selalu memberitahu para guru besar di sekolah Cina, saya amat gembira jika ramai murid bumiputera di sekolah anda kerana ia menunjukkan sekolah anda terbaik.

“Sekolah Cina menjadi pilihan kerana terdapat kekurangan di sekolah kebangsaan. Saya tidak kisah jika orang anggap ia kenyataan sombong tetapi ia yang sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika temu bual eksklusif bersama-sama Suara Sarawak/New Sarawak Tribune di sini. Tambah Richard, paling ketara kemasukan murid bumiputera di sekolah Cina yang terletak di luar bandar seperti Sebuyau.

Jika populasi kawasan itu ramai Melayu maka, banyak Melayu belajar di sekolah berkenaan dan situasi yang sama di kawasan Dayak atau Bidayuh.

“Bagaimanapun kami amat bersyukur kerana 222 sekolah rendah Cina diberi bantuan oleh Kerajaan Sarawak dengan suntikan dana RM8 juta melalui Unifor.

“Malah, Kerajaan Sarawak antara Kerajaan Negeri yang pertama mengiktiraf sijil UEC di Malaysia,” tegasnya. Beliau turut menyokong usaha Kerajaan Sarawak menubuhkan sekolah swasta yang menggunakan silibus Cambridge untuk anak-anak negeri ini.

“Ini kerana terdapat kelemahan di sekolah arus perdana yang polisinya sentiasa bertukar mengikut keadaan politik,” ujarnya.

Sumber berita

https://sarawakvoice.com/2021/02/16/ramai-pilih-belajar-di-sekolah-cina/

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )