Sarawak tak perlu PKP pemantauan dilaksanakan dengan lebih ketat berbanding semenanjung – pakar perubatan

Sarawak tak perlu PKP pemantauan dilaksanakan dengan lebih ketat berbanding semenanjung  – pakar perubatan

Presiden MMA Dr Subramaniam Muniandy berkata, kes Covid-19 di Sarawak dipantau dengan baik manakala kawasan bawah penutupan juga dipantau rapat oleh pihak berkuasa.

Beliau berkata, selain mengetatkan keselamatan di sempadan negeri, terdapat beberapa sekatan yang dikuatkuasakan di sana yang lebih ketat berbanding apa dilaksanakan di Semenanjung seperti perjalanan merentas daerah.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan cabaran tertentu mungkin timbul dari segi akses ke penjagaan kesihatan di kawasan pedalaman, sambil menambah banyak lokasi yang dilanda wabak Covid-19 tiada akses jalan.

“Ia adalah sumber manusia penjagaan kesihatan – doktor, jururawat, pakar dan semua kakitangan berkaitan – mengikut keluasan kawasan, ia amat rendah berbanding semenanjung dan justeru perlu dibaiki.”

“Tuai Rumah atau ketua kampung memainkan peranan penting dalam berkomunikasi tentang pentingnya mencuci tangan dengan kerap/guna pembasmi kuman, penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka untuk mencegah jangkitan dalam kalangan komuniti setempat,” katanya kepada FMT.

Sarawak satu-satunya negeri yang tidak diletakkan bawah PKP penuh. Namun ia menyaksikan peningkatan jumlah kes Covid-19 minggu lalu – mencatatkan tiga angka selama 11 hari berturut-turut dari 28 Jan hingga 7 Feb.

Penyelaras Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Dr Annuar Rapaee berkata, penularan Covid-19 kini pada tahap membimbangkan dan ia tidak hanya berlaku di rumah panjang.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii, yang juga doktor perubatan, berkata PKP untuk seluruh negeri tidak perlu walaupun PKP secara bersasar boleh dipertimbangkan oleh kerajaan negeri.

“Sekat sahaja pergerakan antara daerah dan wajibkan sesiapa yang keluar dari zon merah diuji terlebih dahulu sebelum membuat persiapan yang perlu untuk pergerakan merentas daerah,” katanya.

Yii turut berkata, PKP di negeri tertentu di Semenanjung seperti Kelantan dan Perlis tidak perlu melainkan data sebaliknya membuktikan kadar kebolehjangkitan.

“Jika penularan tempatan terkawal, PKP tidak perlu. Cuma kawal pergerakan merentas negeri saja,” katanya.

Sumber berita

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/09/sarawak-tak-perlu-pkp-penutupan-bersasar-lebih-baik-kata-pakar/

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )