Rakyat akan tolak BN jika berkerjasama dengan Bersatu

Rakyat akan tolak BN jika berkerjasama dengan Bersatu

Barisan Nasional (BN) dilihat akan hilang sokongan daripada rakyat sekiranya meneruskan kerjasama bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pilihan raya yang akan datang.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berkata, meskipun rakyat tidak suka kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, namun sentimen politik telah pun berubah mengikut situasi semasa.

Menurutnya, sokongan rakyat dilihat sudah tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PH) akibat kegagalan pentadbirannya yang mana pada waktu itu turut dianggotai oleh Bersatu untuk menunaikan janji-janji pilihan raya sepanjang 22 bulan menjadi kerajaan.

“Bersatu juga berada dalam PH sebelum ini. Malah mereka yang mengetuai PH sebelum mereka melompat keluar dari gabungan tersebut untuk menyelamatkan diri dan membentuk Perikatan Nasional (PN) apabila mereka tahu PH telah hilang mandat dan sokongan rakyat.

“Walaupun telah melompat, namun mereka yang ada dalam Bersatu ini adalah orang-orang yang sama. Iaitu orang-orang yang khianati UMNO dan lompat parti, kemudian khianati PH serta jatuhkan kerajaan sendiri

“Bolehkah kita percaya kepada orang-orang ini? Rakyat pun tidak percaya kepada mereka lagi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Isham berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan bahawa UMNO tidak boleh menang pilihan raya jika tidak bekerjasama dengan Bersatu.

Sumber berita

https://www.sinarharian.com.my/article/122663/BERITA/Politik/BN-hilang-sokongan-jika-bersama-Bersatu

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )