“My Story” Buku Kontroversi Tommy Thomas Bestseller di Amazon mengatasi buku Naib Presiden America

“My Story” Buku Kontroversi Tommy Thomas Bestseller di Amazon mengatasi buku Naib Presiden America

Kontroversi yang melanda buku “My Story: Justice in the Wilderness” tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, yang baru dilancarkan, mungkin menjadi daya penarik kepada banyak pihak untuk mendapatkannya di pasaran.

Di laman web Amazon pada jam 12 tengah malam tadi, edisi ‘kindle’ bukunya melonjak ke tempat kedua buku laris (best seller) dalam kategori Biografi Peguam dan Hakim, mengatasi buku mengenai Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris (Kamala’s Way: An American Life) yang berada di kedudukan ke-10.

Bagi kategori Keluaran Baharu kategori Biografi Peguam dan Hakim pula, bukunya berada di kedudukan pertama, masih mengatasi Harris yang berada di tempat kedua.

Thomas yang menjadi Peguam Negara dari Jun 2018 hingga Februari tahun lalu mencetuskan kontroversi apabila banyak pihak mempertikaikan buku tulisannya itu yang didakwa mengandungi pelbagai fakta tidak betul, menghina, malah menfitnah.

Sehingga malam tadi,Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata pihaknya telah menerima 134 laporan polis di seluruh negara berkaitan buku berkenaan.

Sumber berita

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/memoir-tommy-thomas-tersenarai-antara-best-seller-amazon-281832

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )