Makan besar tahun baru cina dihadkan 20 orang Sahaja di Sarawak

Makan besar tahun baru cina dihadkan 20 orang Sahaja di Sarawak

Upacara makan besar sempena Tahun Baharu Cina di Sarawak, satu-satunya negeri yang tidak berada di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP), tidak hanya terhad kepada penghuni rumah yang sama saja, kata seorang menteri muda hari ini.

Menteri Muda Pelancongan, seni dan budaya Sarawak Sebastian Ting memberitahu The Borneo Post, Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri akan membenarkan sehingga 20 orang menghadiri upacan makan besar, yang mesti diadakan di rumah.

Tambahnya, undang-undang kerajaan Sarawak adalah berbeza dengan negeri lain kerana satu-satunya negeri yang masih di bawah PKP bersyarat.

Prosedur operasi standard (SOP) negeri untuk upacara makan besar “mengambil kira ahli keluarga termasuk adik-beradik, anak saudara yang tinggal di bandar atau negeri yang sama. Adalah tidak logik untuk tidak membenarkan mereka mengamalkan tradisi zaman berzaman ini,” katanya.

Kerajaan negeri juga akan membenarkan aktiviti kunjung mengunjung pada hari pertama Tahun Baharu Cina, tetapi hanya terhad kepada 20 ahli keluarga pada satu-satu masa.

Tuan rumah akan diminta menyediakan alat pengimbas suhu sementara tetamu perlu mendaftarkan diri mereka melalui MySejahtera, Qmunity atau secara manual.

Sumber berita

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/05/20-orang-had-dibenar-sertai-makan-besar-di-sarawak/

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )