Gaduh berparang di Plaza Chong Lin Kuching berebut perempuan di sambutan valentine

Gaduh berparang di Plaza Chong Lin Kuching berebut perempuan di sambutan valentine

Sambutan Hari Valentine di Kuching semalam kecoh apabila sembilan lelaki bergaduh menggunakan parang samurai dan senjata tajam lain, gara-gara kerana seorang perempuan.

Semua suspek berkenaan ditahan polis dalam serbuan di sekitar Kuching dan Padawan, tidak lama selepas pergaduhan di Plaza Chong Lin, Green Road.

Ketua Polis Daerah Kuching, Awang Din Awang Gani berkata, polis melancarkan operasi menjejaki suspek selepas menerima laporan.

“Pada 14 Februari, sekitar jam 5 petang di Chong Lin Plaza, Green Road, Kuching telah berlaku rusuhan antara dua pihak yang disyaki berpunca dari seorang wanita dan perasaan tidak puas hati antara satu sama lain.

“Dalam kejadian tersebut, mereka (suspek) bersenjatakan parang, rotan dan pedang samurai,” beliau dipetik berkata oleh Utusan Borneo.

Beliau berkata tangkapan pertama dilakukan jam 12.14 tengah malam dan dua kereta turut dirampas.

Katanya, semua suspek yang berumur antara 20 hingga 35 tahun itu akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sumber berita

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/15/gaduh-hari-valentine-9-suspek-guna-parang-samurai-bertarung-kerana-perempuan/

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )