Emel Pembaca: PSB bakal menang di Tanjong Manis

Emel Pembaca: PSB bakal menang di Tanjong Manis

Parlimen Tanjong Manis mempunyai 2 Dun iaitu N41 Kuala Rejang dan N42 Semop. Ketiga-tiga kerusi ini merupakan kerusi tradisi yang pasti dimenangi oleh Barisan Nasional sejak dari mula lagi. Kerusi-kerusi ini sukar digugat oleh mana-mana parti pembangkang yang mencabar dlm setiap pilihanraya.

Parti Sarawak Bersatu (PSB) muncul di saat yang sangat diperlukan. Rakyat Sarawak terutama yang tinggal di N41 Kuala Rejang dan N42 Semop ini sangat dahagakan pembangunan yang seiring dengan kawasan bandar. Parti GPS sudah tidak relevan lagi di parlimen ini.

Kehadiran dua tokoh politik yang akan menjadi ayam sabong yang disebut-sebut sebagai calon di kedua-dua Dun ini pastinya akan menggugat wakil rakyat GPS. Terlalu banyak isu yang tidak mampu diselesaikan oleh semua wakil rakyat yang sedia ada ini.

Walaupun wakil rakyat GPS ini adalah anak tempatan, mood rakyat yang ingin perubahan hanya dapat disandarkan kepada PSB yang benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib rakyat Sarawak.

Di N41Kuala Rejang, PSB bakal menang dengan memfokuskan pengundi-pengundi di sekitar Tanjung Manis iaitu Kampung Belawai, Rejang dan Jerijeh. Kampung-kampung ini masih mundur sekalipun wakil rakyatnya berasal di sini. Selain itu, sokongan padu daripada pengundi-pengundi di rumah panjang seperti di Sari, Sebayang, Stalon akan meranapkan harapan GPS untuk menang di N41 Kuala Rejang.

Manakala di N42 Semop, PSB mempunyai sokongan kukuh di Pulau Beruit. Oleh itu, jika dapat mengambil hati pengundi-pengundi di Kampung Paloh, Kedang dan semua rumah panjang di Sungai Sian serta Mupong, kemenangan akan dapat dicapai dengan mudah.

Isu-isu kemudahan asas yang terkebelakang di tempat-tempat ini menunjukkan kegagalan besar jika undi terus diberikan kepada wakil rakyat GPS. Rakyat perlu sedar, harapan untuk maju hanya dengan memgundi PSB.

Tanpa kewangan yang besar, PH yang mewakilkan Parti Amanah untuk dua Dun ini dilihat tidak akan memberi apa-apa ancaman kepada kedua-dua parti lokal ini.

Lenggut ak Admond
Sarikei

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )