DAP desak SPRM Siasat Rina Harun bagaimana mampu lunas hutang RM1.3 juta

DAP desak SPRM Siasat Rina Harun bagaimana mampu lunas hutang RM1.3 juta

Pemuda DAP (DAPSY) hari ini membuat laporan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bagaimana Rina Harun mampu melunaskan hutang RM1.3 juta dalam 15 bulan.

Naib Ketua Jenny Choy berkata, menurut data pengisytiharan aset SPRM, aset milik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu hanya berjumlah RM72,000.

“Dengan pendapatan sebagai menteri sebanyak RM34,034 sebulan dan jika pendapatannya tidak berubah dan kekal sejak 2019, ia mengambil masa selama kira-kira 40 bulan bagi mengumpul dana untuk menyelesaikan notis kebangkrapan yang (dihadapinya).

“Itu pun, dengan syarat dia tidak menggunakan satu sen dari pendapatannya,” kata Jenny selepas membuat laporan itu di pejabat SPRM negeri di sini.

Beliau berkata, SPRM harus menyiasat sama ada Rina menerima pendapatan tambahan yang berjumlah besar dan “adakah beliau telah membuat penyataan palsu pada Nov lalu berhubung milikan asetnya?”

Jenny berkata, sebagai seorang menteri dan penjawat awam, Rina perlu memberikan penjelasan kepada rakyat.

Kelmarin, FMT melaporkan, Rina menyelesaikan hutangnya yang berjumlah lebih RM1 juta kepada syarikat penerbitan program televisyen dan filem yang berpangkalan di Paris.

Peguam Mark Ho Hing Kheong, yang mewakili Sarl Novovision berkata, jumlah tepat, yang enggan didedahkannya, dibayar minggu lalu

Sumber berita

https://www.freemhttps://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/18/mana-dapat-duit-settle-hutang-rm1-3-juta-dap-mahu-sprm-siasat-rina-harun/

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )